Yayasan Raja Zarith Sofiah Johor Terima Sumbangan RM200,000 Daripada Yayasan Kuok

JOHOR BAHRU – Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) menerima sumbangan kewangan berjumlah RM200,000 daripada Yayasan Kuok bagi membantu golongan yang terputus pendapatan akibat penularan wabak COVID-19, Isnin lalu.

Antara pihak yang menerima bantuan

Laman Facebook The Royal Johor dalam satu hantaran memaklumkan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu akan digunakan bagi menyalurkan bantuan barangan runcit kepada keluarga berpendapatan rendah serta pekerja asing.

“Mereka terkesan ini adalah golongan yang bergantung kepada gaji harian, termasuk pekerja asing. Kita perlu turut membantu mereka tanpa diabaikan.

“Saya bersyukur Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kerajaan Negeri sudi membantu YRZSNJ untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Malah, dengan sumbangan ikhlas daripada Yayasan Kuok, kita juga dapat menyalurkan lebih banyak bantuan barangan makanan asas kepada keluarga berpendapatan rendah serta pekerja asing,” titah Baginda, dipetik dari Royal Press Office (RPO).

Tambah kiriman itu lagi, YRZSNJ telah menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran termasuk kanak-kanak yang menerima barangan mainan serta buku aktiviti bagi menceriakan mereka sewaktu di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Johorkini

admin

Similar Posts

Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yaya

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri dar