Sultan Johor, Permaisuri Kurnia Mesin Perubatan Kepada Hospital

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan peralatan mesin perubatan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, dua mesin inkubator disumbangkan untuk HSA dan sebuah mesin dialisis untuk kegunaan HSI.

Penyerahan tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abdul Rahim.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, peralatan perubatan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merawat pesakit di kedua-dua hospital berkenaan.

“Kami menjunjung kasih atas keprihatinan baginda kepada pesakit kami di sini. Peralatan ini akan digunakan sebaiknya dalam rawatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Pengarah HSA, Dr Mohtar Pugut@Ahmad dan Pengarah HSI, Dr Azizah Riduan.

Sumber: Sinar Harian

admin

Similar Posts

Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yaya

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri dar