Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) untuk disampaikan kepada pusat kesihatan awam di negeri ini.

YRZSNJ dalam satu kenyataan memberitahu, sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu sistem kesihatan awam Johor menangani pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan itu, antara peralatan itu termasuklah ‘Non-invasive Blood Pressure (NIBP) monitor’, katil hospital, konsentrator oksigen, pam picagari, dulang perubatan, sarung tangan pembedahan dan troli hospital.

“Peralatan ini akan disumbangkan kepada hospital, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Johor dengan harapan menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada pesakit serta melindungi petugas barisan hadapan sewaktu mereka menjalankan tugas.

“Sumbangan Yayasan JCorp ini juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial JCorp dan syarikat kumpulan iaitu Kulim (Malaysia) Berhad; KPJ Healthcare Berhad; QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan Johor Land Berhad,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah dijalankan dalam satu majlis yang diadakan di Kota Iskandar, semalam.

Tambah kenyataan itu, YRZSNJ menzahirkan penghargaan kepada Yayasan JCorp atas sumbangan bagi menyediakan peralatan hospital dan PPE kepada hospital-hospital, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di negeri ini.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan pihak swasta mahupun persendirian di dalam usaha untuk membekalkan peralatan perubatan yang amat diperlukan di pusat-pusat rawatan Covid-19 di seluruh negeri,” tambahnya.

Sumber: Penggerak Daily

Similar Posts

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri dar

Sultan Johor, Permaisuri Kurnia Mesin Perubatan Kepada Hospital

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah