Ahli

Kakitangan Utama

Hishamuddin Bin Abdul Rahim

Ketua Pegawai Eksekutif

Berasal dari Johor Bahru, beliau adalah graduan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 2009, beliau memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor dimana lantikan pertamanya adalah sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar.

Sejak itu, beliau dinaikkan pangkat ke pelbagai jawatan di jabatan dan bahagian kerajaan negeri Johor merangkumi sebagai Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Batu Pahat, Pegawai Pentadbiran di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Kumpulan Perkhidmatan & Pengurusan dan Unit Protokol & Upacara), Bahagian Perancangan Ekonomi Johor (Pentadbiran & Pengurusan Maklumat Ekonomi), dan sebagai Setiausaha Bahagian di Bahagian Pengurusan Perkhidmatan sebelum bergabung dengan Yayasan pada bulan Oktober 2019.

Semasa memegang jawatan sebagai pentadbir negeri Johor, beliau memiliki pengalaman luas dalam portfolio pentadbiran yang berbeza dalam melaksanakan tugas dan fungsi negeri, persekutuan dan antarabangsa untuk negeri Johor Darul Ta’zim.

Mohd Safuan Fadzli
Bin Mohsin Fadzli

Senior Manager Programme &
Special Tasks

Merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang (LL.B) dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2001 dan beliau seterusnya diterima dan didaftarai sebagai Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi di Malaya setahun kemudian.

Di Yayasan, beliau bertanggungjawab mewujudkan operasi Yayasan termasuk melaksana serta mengembangkan kerangka kerja strategik dan operasi bagi memenuhi objektif Yayasan. Ini termasuk penglibatan dan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan sama ada domestik mahupun antarabangsa bagi melaksanakan program Yayasan.

Sebelum bersama dengan Yayasan pada tahun 2013, beliau merupakan pengamal undang-undang selama lebih dari 6 tahun dan berpengalaman dalam pelbagai aspek undang-undang yang melibatkan litigasi sivil & korporat, harta intelek.