Ahli

Kakitangan Utama

Hishamuddin Bin Abdul Rahim

Ketua Pegawai Eksekutif

Berasal dari Johor Bahru, beliau adalah graduan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 2009, beliau memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor dimana lantikan pertamanya adalah sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar.

Sejak itu, beliau dinaikkan pangkat ke pelbagai jawatan di jabatan dan bahagian kerajaan negeri Johor merangkumi sebagai Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Batu Pahat, Pegawai Pentadbiran di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Kumpulan Perkhidmatan & Pengurusan dan Unit Protokol & Upacara), Bahagian Perancangan Ekonomi Johor (Pentadbiran & Pengurusan Maklumat Ekonomi), dan sebagai Setiausaha Bahagian di Bahagian Pengurusan Perkhidmatan sebelum bergabung dengan Yayasan pada bulan Oktober 2019.

Semasa memegang jawatan sebagai pentadbir negeri Johor, beliau memiliki pengalaman luas dalam portfolio pentadbiran yang berbeza dalam melaksanakan tugas dan fungsi negeri, persekutuan dan antarabangsa untuk negeri Johor Darul Ta’zim.

Mohd Safuan Fadzli
Bin Mohsin Fadzli

Senior Manager Programme &
Special Tasks

Merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang (LL.B) dengan Kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2001 dan beliau seterusnya diterima dan didaftarai sebagai Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi di Malaya setahun kemudian.

Di Yayasan, beliau bertanggungjawab mewujudkan operasi Yayasan termasuk melaksana serta mengembangkan kerangka kerja strategik dan operasi bagi memenuhi objektif Yayasan. Ini termasuk penglibatan dan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan sama ada domestik mahupun antarabangsa bagi melaksanakan program Yayasan.

Sebelum bersama dengan Yayasan pada tahun 2013, beliau merupakan pengamal undang-undang selama lebih dari 6 tahun dan berpengalaman dalam pelbagai aspek undang-undang yang melibatkan litigasi sivil & korporat, harta intelek.

Rohazam Shah Bin Ahmad

Senior Manager for Development & Fundraising

Merupakan lulusan Sarjana Muda Sosiologi & Antropologi (B Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2000. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Darul Ta’zim dengan latar belakang ketenteraan semasa di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi.

Berpengalaman luas dalam pentadbiran pejabat, beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri dari tahun 2001 sehingga 2019 yang merangkumi beberapa jabatan seperti Kementerian Kerajaan Malaysia bermula dari Pejabat Ketua Penerangan & Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan juga merupakan Pegawai di Pejabat Menteri Besar Johor yang ditugaskan di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Pelancongan Sukan Johor. Beliau telah melakukan banyak tugas dalam melaksanakan dasar dan pelaksanaan projek.

As the Senior Manager of Development and Fundraising at the Yayasan, he is responsible for securing funds through philanthropic partnerships together with developing strategic arrangements for Yayasan’s activities and programmes.