Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri daripada pelajar dapat memanfaatkan kurniaan berkenaan sebaik mungkin.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook The Royal Johor, baginda berharap kurniaan itu dapat membantu melancarkan proses pembelajaran di rumah dan sekolah.

Baginda yang memahami cabaran ekonomi semasa serta beban yang ditanggung golongan ibu bapa, turut berkenan agar dikurniakan komputer riba kepada pelajar-pelajar berpotensi tinggi daripada keluarga B40 yang tersenarai di dalam Senarai E-Kasih Daerah Johor Bahru.

“Saya amat berharap kurniaan komputer riba ini dapat membantu melancarkan proses pembelajaran baik di rumah mahu pun di sekolah demi meraih kecemerlangan akademik untuk masa depan yang lebih cerah,” titahnya.

Baginda yang juga Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor juga amat prihatin terhadap isu-isu dan cabaran semasa pendidikan termasuk proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pada 3 Februari lalu, Sebanyak 53 komputer riba diedarkan kepada penerima pada fasa pertama.

Senarai pelajar yang adalah hasil perbincangan bersama pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Seterusnya, fasa kedua sesi penyerahan komputer riba yang memanfaatkan 100 penerima daripada Daerah Johor Bahru dimulakan pada 24 Februari lalu.

Ia membabitkan pelajar-pelajar pelbagai bangsa daripada Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim, SMK Taman Tun Aminah, SMK Dato’ Penggawa Timur, SMK Taman Universiti 1 dan juga beberapa sekolah lain di daerah Johor Bahru.

Sumber: HMetro

Similar Posts

Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yaya

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Sultan Johor, Permaisuri Kurnia Mesin Perubatan Kepada Hospital

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah