Permaisuri Johor Kurnia Elaun Bulanan Bantu Rakyat Terjejas

Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Baginda bertitah, pada ketika ini, rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan banyak pihak terkesan disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran yayasan,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini selepas berkenan mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ, Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim, Bendahari Kehormat YRZSNJ, Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat, Lilian Low.

Baginda bertitah, mesyuarat itu membincangkan usaha membantu anak-anak pesakit kanser daripada golongan B40 dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

“Turut dibincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu, di mana bakat anak muda Johor boleh dimanfaatkan sebagai tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection.

“Pada masa sama menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang,” titah baginda.

Sumber: HMetro Online

admin

Similar Posts

Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yaya

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri dar