Pengenalan

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah ditubuhkan pada tahun 2012 dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

Diilhamkan daripada karya tulisan dan hasil usaha Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YRZSNJ diasaskan bagi membina jalinan di antara masyarakat melalui usaha dan inisiatif di dalam bidang pendidikan dalam dan luar negara. YRZSNJ menyokong pelbagai platform yang menggalakkan diskusi dan rangkaian kerjasama atas dasar rasa saling hormat-menghormati diantara berbilang kaum dan pelbagai etnik, agama dan kepercayaan, terhadap nilai dan prinsip bersama dan pada masa yang sama menganjurkan pelbagai program berkenaan bidang pendidikan bagi tujuan memperkasakan generasi masa depan.

Objektif

  • Mengumpulkan dana untuk pelbagai aktiviti pendidikan dan akademik di dalam dan di luar negara yang bertujuan memupuk perpaduan dan kesejahteraan manusia.
  • Mendidik generasi akan datang dengan mengukuhkan sistem pendidikan yang sedia ada melalui peningkatan nilai-nilai teras, khususnya bidang sains, teknologi, seni, sastera, dan pengurusan perniagaan yang bakal menghasilkan generasi yang berpengetahuan luas, berintegriti dan berguna pada masa hadapan.
  • Menghebah, memperluas dan mempromosikan kepercayaan, kedamaian dan perpaduan global melalui aktiviti kebajikan sosial.
  • Mewujudkan hubungan yang strategik dan intelektual antara institusi pendidikan bertaraf dunia.