Permaisuri Johor Ikhtiar Bantu Pesakit, Penjaga di HSI

Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah akan mengusahakan ikhtiar sumbangan keperluan harian secara peribadi, manakala keperluan perubatan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) kepada pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi The Royal Johor yang dimuat naik hari ini, baginda memahami kesusahan dialami sesetengah ibu bapa terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Saya memahami kesusahan dialami sesetengah ibu bapa terjejas pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19 dan sedikit sebanyak bantuan akan meringankan beban mereka.

“Saya akan mengusahakan ikhtiar ini dengan membuat sumbangan keperluan makanan, lampin dan susu secara peribadi, manakala keperluan perubatan seperti katil berpagar akan disalurkan melalui YRZSNJ,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) selepas berkenan menerima mengadap Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu di Istana Bukit Serene, di sini, semalam.

Hadir sama pada pertemuan itu, Pengarah HSI, Dr Azizah Riduan dan Pegawai Perubatan Pakar Pedriatik Nefrologi, Dr Susan Pee.

Raja Zarith Sofiah bertitah, perancangan sedang dibuat untuk mengadakan sebuah rangkaian sokongan untuk ibu bapa dan penjaga kepada pesakit kronik di wad pediatrik.

Baginda bertitah, pihaknya membincangkan mekanisme sesuai bagi membantu daripada segi sokongan moral dan kemudahan untuk berehat di hospital semasa menjaga anak mereka.

“Saya memahami kepadatan dan kekangan ruang dihadapi pihak hospital, justeru perkara ini akan terus diperhalusi untuk kebaikan pesakit serta penjaga,” titah baginda.

Sumber: HMetro Online

admin

Similar Posts

Yayasan JCORP Sumbang Peralatan Hospital RM170,000

JOHOR BAHRU: Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM170,000 kepada Yaya

Permaisuri Johor Yakin Penerima Manfaat Kurniaan Komputer Riba

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin golongan pelajar yang merupakan penerima bantu

Permaisuri Johor Yakin Pelajar Terima Komputer Riba Manfaat Kurniaan

Johor Bahru: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yakin penerima bantuan komputer riba yang terdiri dar